Quantcast
Channel: Pakar Usahawan Gaharu
Viewing all 17 articles
Browse latest View live

Ruangan Pemodal , Pemodal & Usahasama

$
0
0

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Kepada anda yang berminat untuk menjadi pemodal/pelabur, kami amat mengalu-alukan anda. Kami sentiasa mempunyai banyak stok pokok gaharu dalam simpanan kami untuk disuntik. Kadar peratus pembahagian keuntungan hasil produk boleh dibincangkan.

===================================
Maklumat Pokok Gaharu

1. 100 Pokok di Kelantan
2. 2000 Pokok di Mersing, Johor Bahru
3. 19,000 Pokok di Johor Bahru
4. 100 Pokok di Negeri Sembilan

===================================

kesemua pokok di atas siap sedia utk disuntik, pihak kami masih mengumpulkan dana dari pihak pelabur/pemodal/usahawan yang berminat utk usahasama. Kadar modal yang diperlukan bagi setiap pokok adalah RM10,000. Kadar tersebut meliputi pembelian pokok Gaharu, kos vaksin inokulasi, kos kerja inokulasi, dan kos pengurusan.

===================================
Cadangan Pembahagian Peratus Keuntungan (hasil jualan) :

a. Pemodal = 80%
b. Pengusaha= 20%

===================================

Jangkamasa pulangan adalah 12 - 24 bulan.

===================================

Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Taufik

013 921 0707

KOLEKSI GAHARU

$
0
0

Gambar 1 : Pokok Gaharu yg telah diinokulasi

Gambar 2 : Ladang Gaharu

Gambar 3 : Pokok Gaharu sedang dalam proses inokulasi.

Gambar 4 : Kepingan Gaharu

Gambar 5 : Kepelbagaian produk Gaharu

Gambar 6 : Pokok Gaharu sedang diproses

Gambar 7 : Kepingan kayu Gaharu sedang dikeringkan

Gambar 8 : Deretan dapur memproses minyak Gaharu

Gambar 9 : Deretan dapur tekanan gas minyak Gaharu

KHIDMAT SUNTIKAN / RAWATAN POKOK GAHARU

$
0
0
Kepada semua penanam dan pelabur gaharu yang dihormati,

Kami sedia membantu anda untuk menyuntik pokok gaharu:

Gambar 1 : Kerja Mengerudi Pokok

Sebelum proses menyuntik dilakukan sila sediakan maklumat berikut untuk memudahkan kerja menyuntik dan anggaran kos :

1. Saiz ukur lilit atau diameter pokok
2. Jumlah pokok yang ingin disuntik vaksin
3. Lokasi pokok

Gambar 2 : Kerja Inokulasi Pokok

Setelah perkara di atas dikenal pasti sila hubungi saya untuk temujanji dan khidmat nasihat.

Gambar 3 : Memasukkan Cecair Inokulasi

Harga pakej bermula RM 35 - RM 50 untuk setiap 1 cm ukur lilit / diameter batang pokok.

Gambar 4 : Kesan inokulasi pada pokok ( 7 hari selepas suntikan)

Gambar di bawah diambil selepas 12 bulan inokulasi.

Keratan Rentas Kayu

Kedudukan pada batang pokok

Jenis Kulat yang dikehendaki telah tumbuh..

Habuk gergaji pokok telah bertukar warna kuning
serta mengeluarkan bau wangi dan jika diproses
ia boleh menghasilkan kualiti minyak yang baik.

Kesan Vaksin NV 1

Kesan penggunaan vaksin berteknologi nano amat terbukti berkesan menghasilkan gred Gaharu yang tinggi kualiti. Kesan tindak balas yang dihasilkan juga amat mengejutkan kerana teras gaharu yang terbentuk mengikut rupa bentuk pokok dan dahan pokok gaharu yang diinokulasi.

Keratan rentas pada batang pokok

Keratan rentas pada dahan pokok

Keratan rentas pada dahan pokok

Keratan rentas tepi batang pokok

Kesan Inokulasi Vaksin NV1
Lokasi : Jerantut, Pahang
Tarikh Inokulasi : 18 / 2 / 2009

------------------------------------------------------
# Sedikit peringatan, kemungkinan terdapat lebih dari satu variasi vaksin berteknologi nano di pasaran. Setiap vaksin tersebut mempunyai kesan tindak balas yang tersendiri dan berkemungkinan juga mempunyai tindak balas yang sama. Justeru itu, penekanan di sini adalah menjadi hak anda sebagai pembeli dan pengguna untuk memilih untuk mendapatkan variasi vaksin tersebut. Sebagai pembeli anda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan menyelidik atau bertanya khabar tentang keberkesanan vaksin tersebut bagi mengelakkan anda tertipu atau mendapat perkhidmatan yang tidak memuaskan dari pembekal vaksin tersebut. Jika boleh, dapatkan respon dari testimoni / pelanggan yang sedia ada dari pembekal tersebut. Saya terpanggil untuk respon di sini kerana ada sesetengah pembekal merasakan vaksin tersebut 'hak mutlak' mereka untuk memasarkannya, hakikatnya terdapat pelbagai variasi vaksin berteknologi nano di pasaran dan sebahagian respon yang saya terima dari pelanggan pembekal tersebut agak tidak memuaskan dari segi perkhidmatan selepas jualan. Harap maklum.

Untuk maklumat lanjut tentang bayaran dan khidmat
suntikan inokulasi sila hubungi saya.

En. Taufik
0139210707

Infomasi Penting !!

Kenapa pokok gaharu yang ditanam perlu disuntik / dirawat?

1. Untuk merangsang penghasilan gaharu secara efektif dan efisyen sehingga 80% - 99% peratus.
2. Memendekkan tempoh penghasilan gaharu
3. Penggunaan 'fungges' bakteria adalah diutamakan berbanding 'chemical'
4. Banyak atau sikit suntikan vaksin mempengaruhi risin atau gaharu yang akan diperolehi.
5. Harga vaksin dijual dari RM 1000 - RM 6000 utk 4 liter.
6. Kebiasaan untuk 1 pokok, vaksin yang digunakan sekitar 4 - 12 liter.
7. Pokok yang telah dirawat akan memperlihatkan kesan selepas 4 bulan suntikan diberikan.
8. Pokok Depu atau nama saintifiknya 'Aquilaria Malaccensis' yang tumbuh meliar di hutan mempunyai antibodi yang kuat. Justeru penggunaan fungges/chemical mestilah setimpal dengan ukur lilit pokok. Tidak mustahil 1 pokok depu memerlukan sekitar RM20k vaksin.

Video Kerja-kerja Inokulasi : Dapatkan DVD pada harga RM50

Minyak Gaharu / Agarwood Oil

$
0
0
Minyak Gaharu atau Agarwood Oil

dikelaskan kepada beberapa kelas & harga tertentu :

Kelas A , Kelas B, dan Kelas C,

Gambar Sample Minyak Gaharu Mengikut gred:
( Gambar diambil dari agarhavast.com )

Gred A

Gred AA

Gred AAA

Gred AAAA

Harga Standard untuk minyak Gaharu adalah seperti berikut :

12 ML = RM650 - RM1200
1000 ML = RM 65,000 - RM150,000

Kepada sesiapa yang berkenaan, kami ada membekal dan menjual minyak Gaharu, sila hubungi kami untuk urusan jual beli dan temujanji.

Taufik

0139210707

HARGA SEMASA ANAK POKOK GAHARU & KOS PENJAGAAN

$
0
0
HARGA UNTUK ANAK BENIH GAHARU.

1. Depu
2. Krasna
3. Subintegra
4. Hybrid

Harga jualan anak pokok bermula dari RM 8 - RM26*

* Harga jualan yang ditawarkan bergantung kepada jumlah kuantiti

PRODUK-PRODUK PENJAGAAN ANAK POKOK :

1. BAJA KHAS POKOK GAHARU
( RAWATAN TANAH & KESUBURAN ANAK POKOK ) - RM 5 sekilo

2. BAJA ORGANIK
( PENGERASAN & KETAHANAN ANAK POKOK ) - RM 35 seliter ( 1:200 )

3. ANTI KULAT & SERANGAN SERANGGA PEROSAK - RM 25 seliter ( 1:400 )

Untuk tempahan dan pembelian sila hubungi :

Taufik
013 921 0707
us_taufik@yahoo.com

MAKLUMAT TENTANG GAHARU

$
0
0

Apa itu Gaharu ?

Gaharu adalah sejenis damar yang terbentuk secara semula jadi akibat daripada tindak balas pokok gaharu ke atas serangan fungus/bakteria (penyakit). Pokok yang diserang menyebarkan sejenis minyak berbau bagi melindungi bahagian yang cedera ( sama ada akar, batang, dahan dan sebagainya ) di mana minyak ini lama kelamaan akan menjadi keras ( damar ).

Bahan damar yang terhasil ini pula mengandungi bahan sari atau resapan damar yang wangi dan dikenali sebagai gaharu.

Kegunaan Gaharu

Gaharu digunakan dalam pelbagai cara termasuk perubatan tradisional, artifek-artifek seni dan pati minyak. Gaharu dibakar untuk menghasilkan bau-bauan yang wangi sejak dahulu lagi oleh orang-orang Cina, Arab, India dan Jepun yang mana ia banyak digunakan dalam perayaan-perayaan, adat dan keugamaan.

Pati minyak yang di ekstrak daripada gaharu pula digunakan sebagai bahan campuran minyak wangi sebagai contoh, minyak ‘attar’, iaitu wangian berasaskan air yang mengandungi minyak ekstrak gaharu. Wangian tersebut digunakan secara meluas oleh orang Islam.

Kini ekstrak gaharu juga digunakan dalam pembuatan sabun dan sampoo wangian serta penghalau serangga.

Nilai Gaharu

Di pasaran tempatan teras gaharu dijual berdasarkan mutunya yang dibahagikan gred-gred tertentu iaitu di antara RM1000.00 hingga RM25,000.00/kg.

Pati minyak yang diekstrak juga dijual berdasarkan mutunya mengikut gred tertentu iaitu di antara RM350.00 – RM1200.00/pertola/ atau 12 ml.

Ketulan kayu / wood chip gaharu dijual berdasarkan mutu mengikut gred dari RM4 – RM350/kg.

Kesesuaian Kawasan Tanah

Spesis pokok gaharu merupakan tumbuhan malar hijau dan cepat tumbuh. Ianya sesuai ditanam dikebanyakkan jenis tanah kecuali tanak berpaya dan bertakung air. Pokok gaharu boleh ditanam di kawasan tanah rata dan berbukit.

Sistem Penanaman

Tiga jenis sistem tanaman boleh diusahakan iaitu secara tanaman monokultur, tanaman campuran dengan spesis herba dan ubat-ubatan lain, serta tanaman integrasi dengan tumbuhan pertanian seperti getah, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pola Tanaman boleh dibuat secara tanaman baris atau secara tanaman berkelompok.

Penyediaan Tapak Tanaman

Tanah tersebut hendaklah terlebih dahulu dibersihkan daripada tumbuhan-tumbuhan renek, rumpai dan pokok-pokok musuh. Jarak tanaman hendaklah disesuaikan, dan begitu juga kedalaman lubang agar anak pokok gaharu dapat hidup subur.

Kaedah Penanaman

Kerja-kerja penanaman disarankan mengikut kesesuain cuaca atau iklim sekitar. Penanaman yang betul menjamin tumbesaran anak pokok gaharu. Anda dinasihatkan merujuk kepada pakar.

Penjagaan Dan Rawatan Tanaman

Anak-anak pokok perlu dijaga dengan sempurna pada peringkat awal pertumbuhan. Rawatan susulan seperti pembersiahan sekeliling pokok tanaman daripada rumpai musuh, pembajaan yang sesuai dan pemangkasan pucuk anjur pelbagai cabang pokok perlu dilakukan.

Rawatan Inokulasi Penghasilan Gaharu

Secara semulajadi, pembentukan gaharu adalah disebabkan oleh berlakunya serangan penyakit akibat terluka cabang atau kerosakan batang pokok. Berdasarkan kepada mekanisme pembentukan gaharu secara semulajadi ini, maka penghasilan gaharu secara mekanikal boleh dilakukan mengikut kepada teknologi semasa.

Rawatan penginokulasian penghasilan gaharu dijangka boleh dibuat setelah pokok gaharu berumur di antara 4 – 5 tahun ke atas.

Proses inokulasi ialah proses menebuk dan

memasukkan sejenis bendalir / vaksin / bakteria penggalak risin ke dalam pokok gaharu yang telah matang.

Penuaian / Penghasilan Gaharu

Penuaian dijangka dibuat setelah pokok tanaman diyakini telah mengandungi gaharu.

Beberapa ujian secara klinikal akan dilakukan ke atas pokok.

Penuaian dilakukan setelah umur pokok mencecah 6 – 7 tahun atau lebih 10 tahun.

Semakin lama jangka masa penuaian akan memberi kesan kepada kualiti dan kuantiti penghasilan gaharu. Setiap pokok gaharu dianggarkan boleh mengeluarkan 5 – 20 kilogram gaharu

BERITA MSTAR : POTENSI MINYAK GAHARU !!

$
0
0

Nilai Minyak Ekstrak Gahar
u Mampu Cecah Ribuan Ringgit - Pakar

GEORGE TOWN: Bahan daripada pokok gaharu di mana minyaknya diekstrakkan itu mendapat permintaan tinggi di Timur Tengah dengan harga yang lumayan sehingga mencecah RM20,000 per kilogram, menurut seorang ahli akademik universiti.

Pensyarah Fakuliti Sains Biologi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Baharuddin Salleh berkata, minyak yang diekstrakkan menggunakan bahan daripada pokok dengan nama saintifiknya aquilaria malaccensis mampu memberi hasil ribuan ringgit, bergantung pada kualiti dan grednya.

“Kenapa nilainya begitu tinggi? Saya tidak dapat menjawabnya.

“Ia adalah sama apabila orang bertanya kenapa nilai emas tinggi,” katanya pada Khamis.

Beliau menambah, ekstrak minyak pokok itu biasanya digunakan dalam minyak wangi, ubat-ubatan dan kadang-kala sebagai bahan untuk mencuci pakaian dan bahan linen oleh orang kaya Arab.

“Bahagian-bahagian lain di pokok gaharu turut berguna seperti daunnya digunakan dalam minuman teh manakala sisa-sisa kayu dapat dijadikan sebagai colok,” katanya.

Beliau menjelaskan negara-negara Timur Tengah mengimport kayu dan minyak gaharu dari Vietnam, Thailand, Myanmar, Indonesia termasuk Malaysia.

Baharuddin mengulas mengenai laporan bersiri akhbar The Star berhubung kegiatan penebangan haram pokok gaharu di Pulau Pinang dan indisen terbaru berlaku di Bukit Gambier.

Kerajaan negeri telah mengisytiharkan akan mengenakan tindakan keras terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti penebangan haram itu.

Kegiatan haram itu didakwa melibatkan sindiket tempatan yang bekerjasama dengan pihak asing menebang pokok gaharu yang amat bernilai di hutan hujan berhampiran Botanic Gardens serta beberapa kawasan lain.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh yang memandang serius terhadap perkara itu berkata, operasi akan diadakan bersama pihak polis untuk membanteras kegiatan tersebut.

Baharuddin berkata, pokok Aquilaria malaccensis boleh didapati dengan meluas di Malaysia, tetapi kurangnya kesedaran mengenai potensi pokok berkenaan.

“Malaysia sebenarnya ketinggalan di belakang berbanding dengan negara-negara jiran yang lebih maju dalam industri gaharu.

“Tidak banyak perladangan pokok gaharu di Malaysia kerana ia masih di baru tetapi masa depan gaharu begitu cerah,” kata beliau.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk M Samarajoo berkata, pihaknya akan memulakan siasatan sekiranya terdapat maklumat atau laporan mengenai rasuah yang berkaitan dengan kegiatan penebangan haram.

Orang ramai boleh menghubungi Jabatan Perhutanan negeri bagi membuat laporan mengenai penebangan haram di talian 04-826 2716, 04-650 5250, 017-590 9909 atau 016-931 8059.

POTENSI GAHARU !! Bukan Omongan Kosong !!

$
0
0

NadiBiz: Konsesi Utama pelopori industri produk kayu gaharu
Oleh Shahrizan Salian
shahrizan@bharian.com.my
2010/09/12

NORAZLAN menunjukkan kayu gaharu yang belum diproses.
NORAZLAN menunjukkan kayu gaharu yang belum diproses.
Syarikat diterajui Norazlan miliki kilang di Padang, Indonesia, dapat geran RM500,000 buat penyelidikan

KOMODITI ini terkenal di seluruh dunia dengan pelbagai panggilan, Chen Xiang bagi masyarakat Cina, Jin-Ko (Jepun) dan Oud atau Oode di kalangan bangsa Arab.
Kayu gaharu - termasuk di dalam genus ‘Aquilaria’ adalah antara khazanah tumbuh-tumbuhan di Malaysia yang mempunyai permintaan tinggi dari luar negara. Secara keseluruhan terdapat lapan jenis pokok gaharu di dunia tetapi di Malaysia hanya ada empat jenis iaitu Karas, Candan Gajah, Candan Gunung dan Cendana.

Sekilogram kayu gaharu jenis karas dianggarkan bernilai di antara RM5,000 hingga RM60,000; Candan Gajah (RM180,000 hingga RM200,000) dan Candan Gunung (RM1 juta) manakala harga seliter minyaknya pula dianggarkan bernilai 10 kali ganda dari kayunya.

Di seluruh dunia, pokok gaharu yang dikenali sebagai Agarwood menjadi pilihan ramai berikutan kebolehannya mengeluarkan aroma menyenangkan dan menjadi kegemaran masyarakat di rantau Asia Barat.

Keistimewaan gaharu turut menyebabkan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berusaha menjadikan negara ini sebagai pusat pengeluar gaharu terbesar di rantau Asia dalam tempoh enam tahun akan datang selepas mendapati hasil daripada penanaman pokok karas amat lumayan, sehingga mencecah RM800,000 untuk kawasan 0.4 hektar.
Buat masa ini, Malaysia adalah negara ketiga terbesar dunia sebagai pengeluar gaharu selepas India dan Indonesia, tetapi FRIM menjangka negara ini mampu menjadi pusat pengeluar gaharu terbesar di rantau Asia dalam tempoh yang disasarkan itu.

Permintaan dunia terhadap produk gaharu yang berguna dalam penghasilan kosmetik dan perubatan pula kini dianggarkan 4.5 juta kilogram dengan nilai RM18.4 bilion setahun.

Walaupun produk daripada kayu gaharu mempunyai permintaan tinggi dari seluruh dunia, tidak banyak syarikat tempatan yang menyedari potensi tanaman itu untuk dikomersilkan secara menyeluruh.

Jika ada sekali pun, kebanyakannya tidak mampu bertahan lama kerana penghasilan rangkaian produk kayu gaharu bukan saja membabitkan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi, malah ia membabitkan konsep metafizik.

Antara syarikat tempatan yang berjaya mengkomersialkan sepenuhnya tanaman itu ialah Konsesi Utama (M) Sdn Bhd yang ditubuhkan sejak 2000 untuk mempelopori usaha menjadikan kayu gaharu sebagai satu perniagaan berdaya maju.

Syarikat yang mempunyai kilang pengeluarannya sendiri di Bandar Teknologi Kajang itu ditubuhkan oleh usahawan gigih, Norazlan Lumi yang telah menjalankan kajian mengenai manfaat kayu gaharu selama lebih 10 tahun.

Beliau adalah pengasas dan Pengarah Urusan Konsesi utama iaitu satu-satunya syarikat Malaysia yang menghasilkan rangkaian produk daripada keseluruhan kayu gaharu bermula daripada akar hingga ke batangnya.

Norazlan, 50, sebelum itu adalah kontraktor kelas F yang mengambil keputusan beralih ke bidang keusahawanan berikutan kekangan jumlah projek yang boleh dikendalikannya selain minatnya ke arah produk kayu gaharu semakin berputik.

“Pada awalnya, saya berhasrat menceburi bidang pertanian tetapi menyedari persaingan sengit dalam industri itu menyebabkan saya menyelidik tanaman lain yang belum dikomersilkan sepenuhnya.

“Sekitar tahun 2000, saya mula didedahkan dengan kayu gaharu yang diperoleh daripada orang Asli dari hutan seluruh negara. Penjualannya adalah secara kecil-kecilan,” katanya ketika ditemui di kilangnya baru-baru ini.

Norazlan berkata, usaha itu berterusan untuk beberapa tahun dan pada masa sama beliau gigih menjalankan kajian bagi mendapatkan ekstrak kayu gaharu menerusi usahanya sendiri tanpa mendapatkan sebarang geran bantuan penyelidikan daripada mana-mana agensi.

Bagaimanapun, katanya selain mengadunkan bidang sains dan teknologi, pengusaha kayu gaharu tidak boleh sama sekali mengenepikan peranan bidang metafizik dalam mengusahakan tanaman itu.

“Kita sendiri maklum bahawa tanaman itu diambil daripada khazanah alam yang berharga, justeru langkah memprosesnya perlu dijalankan secara tertib antaranya jika boleh sentiasa berwuduk dan menjaga kebersihan sekeliling ketika memproses.

“Jika amalan itu dikekalkan, Insya-Allah perniagaan kayu gaharu boleh diusahakan sehingga berjaya,” katanya.

Pada 2005, syarikat itu melangkah setapak apabila mula mengendalikan kilang untuk menghasilkan ekstrak daripada kayu gaharu dengan menggunakan empat dapur pemproses membabitkan pelaburan kira-kira RM25,000.

“Kini, syarikat mempunyai 36 dapur pemproses untuk mendapatkan ekstrak daripada kayu gaharu,” katanya.

Antara produk yang dihasilkan oleh syarikat itu termasuk minyak gaharu asli, minyak wangi gaharu asli, teh gaharu, setanggi gaharu, tikar dan tasbih gaharu, krim kulit gaharu dan produk hiliran minyak lintah gaharu.

Buat masa ini, Norazlan berkata rangkaian produknya adalah untuk pasaran luar negara dengan rantau Asia Barat menjadi penyumbang utama hasil jualan syarikat iaitu kira-kira 90 peratus.

Konsesi Utama terus melangkah maju apabila berjaya memperoleh geran bernilai RM500,000 daripada Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) bagi membolehkannya menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan produk penjagaan kulit daripada kayu gaharu.

Kajian itu dilaksanakan menerusi kerjasama syarikat dengan Loji Pandu Kejuruteraan Kimia, sebuah anak syarikat Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pada masa sama, Norazlan berkata Konsesi Utama terus melangkah maju apabila membuka kilang sulungnya di luar negara iaitu di Padang, Indonesia pada akhir tahun lalu dengan sasaran menembusi pasaran serantau.

Katanya, syarikat turut menjalin kerjasama penyelidikan dengan institusi pengajian tinggi terkemuka republik itu, Universiti Bogor untuk mengkaji khasiat tanaman berkenaan.

Paling membanggakan, katanya Konsesi Utama turut dilantik oleh kerajaan Kemboja sebagai penasihat dalam industri perusahaan dan tanaman kayu gaharu selepas berjaya membuktikan peranannya dalam perkembangan industri itu di Malaysia.

Pada masa ini, Norazlan turut dibantu oleh anak sulungnya, Norsharizam, 28, kini ketua eksekutif syarikat yang berperanan mengukuhkan pasaran rangkaian produk Konsesi Utama.

Norsharizam berkata, syarikat berhasrat mengukuhkan rangkaian pemasarannya di dalam negara memandangkan terdapat permintaan luas terhadap produk itu yang kurang disedari masyarakat.

“Permintaan terhadap kayu gaharu tidak akan putus selagi kegunaannya dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya.

RM 3 Juta : Buka Ladang Gaharu

$
0
0
Peruntukan RM3j buka ladang Gaharu

Sumber : Utusan Malaysia,1 April 2012

GUA MUSANG 1 April - Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk membuka ladang kayu gaharu di kawasan perkampungan Orang Asli di Gua Musang dalam masa terdekat ini, kata Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Tengku Razaleigh berkata, peruntukan permulaan itu diluluskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau mengunjungi Perdana Menteri di pejabatnya di Putrajaya Ahad lalu.

''Saya menemui Perdana Menteri sebelum saya datang ke majlis ini supaya apa yang saya cadangkan untuk membuka ladang kayu gaharu menjadi kenyataan," katanya kepada pemberita selepas majlis Penutup Kembara Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas 2012, di Padang Awam Pos Brooke dekat sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Datuk Mohd. Sani Mistam, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab. Aziz Yusof dan Pegawai Pembangunan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) Cawangan Gua Musang, Muhamad Shukri Ab. Aziz.

Thailand : Peneraju Dan Pakar Pengeluaran Gaharu

$
0
0

Prof Auma menerangkan fungsi peralatan mengekstrak pati minyak gaharu

Thailand : Industri Gaharu

SEBUT
sahaja gaharu, kita pasti akan terbayang pati minyaknya yang bernilai tinggi itu.

Atau kalau tidak pun, tumpuan kita akan terarah kepada kayu teras berwarna gelap di tengah-tengah batang pokok itu yang harganya boleh mencecah ribuan ringgit sekilogram.

Di Thailand, ia lebih daripada itu.

Industri gaharu yang sudah bertapak lebih 30 tahun di negara jiran itu menyaksikan produk-produk berasaskan gaharu semakin giat dipelbagaikan.

Daripada produk penjagaan diri sehinggalah kepada minuman dan pelbagai barangan cenderahati, industri gaharu di Thailand sedang melalui proses inovasi yang dijangka akan membawanya pergi lebih jauh.

“Itulah perkembangan yang sedang berlaku di Siam ketika ini,” kata Prof. Auma Tasa, Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Agarwood Network (Thailand) Co. Ltd. (ANT).

Syarikat berpejabat di Ladkrabang, Bangkok itu adalah pemegang paten sejenis vaksin yang mampu mendorong pokok karas menghasilkan resin gaharu pada kadar lebih cepat dan menyeluruh.

“Syarikat kami menghasilkan pelbagai produk hiliran berasaskan gaharu dan setakat ini sambutan terhadap produk-produk yang kami hasilkan, khususnya dalam kalangan pembeli di Timur Tengah, sangat memberangsangkan,” katanya kepada peserta-peserta lawatan selama 8 hari itu ketika berada di Ladang Sok Chai, wilayah Rayong, salah satu daripada 76 wilayah di negara jiran itu.

Kunjungan ke ladang itu yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Kachet, pekan paling hampir, adalah untuk melawat kilang mengekstrak pati minyak gaharu serta bilik pameran yang memperagakan pelbagai produk hiliran gaharu keluaran syarikat berkenaan.

“Teras perniagaan syarikat kami adalah memasarkan teknologi vaksin. Tetapi pada masa yang sama, kami juga melakukan inovasi untuk mempelbagaikan kegunaan gaharu dalam kehidupan seharian,” katanya.

Ladang seluas 100 ekar yang masih di peringkat awal pembangunan itu mula beroperasi sejak setahun lalu.
Ia dibangunkan secara usaha sama dengan sebuah syarikat tempatan di sana dengan kos mencecah 6 juta bath (RM600,000).

Berhampiran pintu masuk ke ladang itu tersergam sebuah bangunan kayu yang dijadikan ruang pameran produk-produk hiliran berasaskan gaharu.
Pelbagai jenis sabun berasaskan gaharu

Di ruang pameran itu tersusun beberapa rak yang menempatkan pelbagai jenis barangan termasuk sabun mandi, syampu, balsam, lingkaran dan kon penghalau nyamuk, minyak wangi, teh dan kopi gaharu, barangan cenderahati, krim pencerah kulit, minyak aroma terapi, minyak urut serta penyegar udara dan dijual pada harga antara RM10 dan RM100.

“Semua barangan ini dihasilkan oleh penduduk di kawasan sekitar. Kami bekalkan mereka dengan bahan-bahan mentah dan mereka mengambil upah untuk menghasilkan produk. Ada juga produk yang dibuat sendiri oleh pekerja-pekerja di ladang ini,” kata Prof Auma. Ladang itu mempunyai 15 orang pekerja tetap.

Balsam dan minyak angin adalah antara barangan yang dihasilkan
Penduduk kampung yang terbabit dalam aktiviti industri kecil dan sederhana itu dilatih terlebih dahulu oleh syarikat usaha sama tersebut bagi memastikan kualiti produk yang mereka hasilkan menepati piawaian.

“Ini adalah salah satu usaha kami untuk membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk di kawasan sekitar,” jelasnya sambil membayangkan pembukaan beberapa kilang pembuatan produk di kawasan itu pada masa akan datang.

Buat masa ini, produk-produk tersebut hanya dijual secara eksklusif di bilik pameran itu yang kerap menjadi lokasi persinggahan pelabur-pelabur dari negara-negara Timur Tengah.

Suei, penjaga bilik pameran bersama barangan cenderahati yang mereka dijual
Biasanya, apabila pelabur-pelabur Arab singgah ke sini, soalan paling lazim yang mereka akan tanyakan ialah berapa banyak kami boleh bekalkan kepada mereka setiap bulan.

“Buat masa ini, kami tidak mampu memenuhi permintaan mereka kerana perniagaan ini masih di peringkat awal.

“Tapi kami teruja kerana konsep yang kami ketengahkan ini mendapat perhatian,” katanya.

Menurut Prof. Auma, terdapat kira-kira 50 syarikat di Thailand yang terbabit dalam industri gaharu tapi kebanyakannya lebih memberi tumpuan kepada aktiviti mengekstrak pati minyaknya.

“Tidak banyak syarikat yang terbabit dalam pembuatan produk-produk hiliran gaharu,” jelasnya.

Pelbagai jenis syampu dan perapi rambut
Terletak kira-kira 200 meter dari bilik pameran, kelihatan pula sebuah bangunan dua tingkat berukuran kira-kira 5 meter x 10 meter.

“Ini adalah kilang untuk mengekstrak pati minyak gaharu,” jelas Prof. Auma mengenai bangunan yang tampak ringkas buatannya itu.

Tingkat atas bangunan itu menempatkan ruang pengeringan cebisan-cebisan kayu karas selepas dihancurkan menggunakan mesin.
Ruang pengeringan

Suhu di dalamnya sangat panas umpama berada di dalam sebuah ketuhar besar kerana bumbung dan dindingnya diperbuat daripada kepingan zink.

“Ia dibuat sedemikian rupa kerana cebisan-cebisan kayu yang sudah dimesin perlu dikeringkan “tiga kali panas”,” kata Prof. Auma.

Beliau merujuk kepada proses mengeringkan cebisan-cebisan kayu itu selama tiga hari untuk memastikan ianya benar-benar kering kerana sekiranya cebisan kayu itu masih mengandungi air, ia mudah ditumbuhi kulat.

“Itu boleh menjejaskan kualiti pati minyak yang terhasil,” Prof. Auma menjawab soalan seorang peserta lawatan itu.

Jika hujan turun atau matahari tidak cukup terik, kerja mengeringkan cebisan kayu itu masih boleh dilakukan di ruang itu menggunakan bahan api yang dinyalakan di bawah kepingan zink yang digunakan untuk menjemur cebisan-cebisan kayu itu, tambahnya.

Setelah cukup kering, cebisan-cebisan kayu itu dimasukkan ke dalam bekas plastik berpenutup dan direndam dengan air bersih sehingga dua minggu sebelum dipindahkan ke bilik di tingkat bawah bangunan itu untuk proses mengekstrak pati minyaknya.
Cebisan kayu gaharu direndam selama dua minggu

Cebisan-cebisan kayu itu kemudian dimasukkan bersama air rendamannya ke dalam bekas pemanasan bertekanan di bilik berkenaan. Ada 12 bekas kesemuanya.

Mengekstrak pati minyak adalah satu proses yang panjang.

Dengan suhu yang dikawal di antara 80-100 darjah Celsius, kandungan di dalam bekas yang diperbuat daripada aluminium itu dididihkan menggunakan bahan bakar selama satu minggu tanpa henti bersamaan 168 jam!

Wap yang terhasil kemudian akan memasuki saluran dan balang-balang kaca di atasnya yang nampak sangat kompleks susunannya dan dalam proses itu, campuran air dan minyak akan terpisah.

Air yang terhasil melalui proses penyulingan itu didakwa mempunyai khasiat kesihatan walaupun rasanya sangat kelat.
Pati minyak gaharu selepas proses mengekstrak. (Photo credit: Claymark Albert)
Minyak yang diperolehi pula kemudian dipindahkan ke dalam bekas lain untuk dikumpul sebelum dipasarkan.

Proses mengekstrak pati minyak gaharu memang agak rumit tetapi menurut Prof. Auma minyak itu boleh dijual pada harga sekitar RM3,000 satu tola di pasaran Thailand, bergantung kepada grednya. (Satu tola bersamaan 12.5 ml).

“Untuk menghasilkan 1 hingga 2 tola pati minyak gaharu, kami memerlukan sekitar 30 kilogram kayu kering,” katanya sebelum menambah buat masa ini kilang tersebut mampu menghasilkan sehingga 2 liter pati minyak gaharu dalam sebulan.

“Itupun banyak bergantung kepada bekalan bahan mentah,” katanya lagi.

Banyak lagi produk hiliran lain yang boleh dihasilkan daripada pokok gaharu.

Memberikan contoh, alas untuk gelas daripada kayu gaharu adalah sesuatu yang boleh difikirkan.

Sementara pucuk pokok gaharu boleh dijadikan teh, daun tua boleh dijadikan bantal dengan teknologi tertentu.

“Produk-produk seumpama itu belum ada di mana-mana. Kita perlu kreatif untuk mempelbagaikan produk hiliran berasaskan gaharu yang mempunyai prospek perniagaan sangat baik,” kata Prof Auma yang mana syarikatnya turut menghasilkan kayu hiasan berasaskan gaharu untuk memenuhi permintaan di Timur Tengah.

Sumber & kredit untuk : myyzoom

KURSUS USAHAWAN GAHARU APRIL 2012

$
0
0

SEMINAR USAHAWAN GAHARU

TAJUK : USAHAWAN GAHARU

TEMPAT : HOUSE OF GAHARU, PASIR PUTEH, KELANTAN

TARIKH :27 APRIL 2012 ( SABTU ) 9.00 PAGI - 12.30 TGH

ANJURAN : GREENWORLD AROMA ENTERPRISE

YURAN PENYERTAAN : RM 500.00

KAEDAH BAYARAN : BANK IN / MAYBANK2U

BANK : MAYBANK

NO. AKAUN : 153039001956

PENAMA : MOHD TAUFIK BIN MUHAMAD

PANDUAN BAYARAN :PENDAFTARAN DIBUKA, sms segera butiran bayaran ( tarikh, masa ) & nama penuh serta ic ke no : 013 921 0707 untuk pengesahan pendaftaran. Terima Kasih.

TARIKH TUTUP TEMPAHAN : 25 APRIL 2012.

KERTAS KERJA :

1. PENGENALAN
2. PRODUK - PRODUK GAHARU

3. POTENSI GAHARU

4. KAEDAH PENANAMAN GAHARU

5. KAEDAH PENGHASILAN GAHARU

6. JUALBELI GAHARU

7. PENGILANGAN

* SETIAP PESERTA AKAN DIBEKALKAN DGN KERTAS KERJA

* SIJIL PENYERTAAN

## SILA TEMPAH SEGERA !! . TEMPAT ADALAH TERHAD ##

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA BERHUBUNG TERUS DGN :

EN. TAUFIK

013 921 0707
us_taufik@yahoo.com / taufik@usahawangaharu.com

Khasiat @ Potensi Gaharu di Malaysia

$
0
0

Rahsia Terhebat yang terbongkar berkaitan dengan Gaharu kurniaan dari Allah s.w.t untuk kegunaan manusia sejagat tetapi hanya digunakan oleh orang Arab 100% penggunaanya dan bukan orang melayu...kenapa ? Sebab tidak diberitahu ...kenapa orang Arab sanggup beli kayu Gaharu sampai harga RM100 ribu sekilo..? kemudian Gaharu tersebut mereka bakar atau wasapkan dengan api/haba....atau mereka proses dan memakainya.......sebab mereka tahu tentang kelebihan dan khasiat keutamaan Gaharu..dari segi khasiat perubatan dan aspek kerohanian.....( Gaharu yang diwasap akan menjana energi positif disekeliling pemakai sekaligus mencetuskan ion atau aura pemikat sama ada untuk memikat pasangan (ketahanan seks & tenaga )...atau untuk menarik wang atau rezeki sebagai asbab/penyebab..sesungguhnya rezeki itu datang dari yang Maha Pemberi Rezeki..Allah Yang Maha Pemurah )...hanya golongan bangsawan Arab shj yang mampu membeli dan memiliki kayu Gaharu yang asli dan golongan yang sederhana hanya mampu membeli kayu Gaharu yang diproses yang dipanggil 'bukhar'.....sedangkan di negara mereka pokok Gaharu tidak tumbuh...pokok Gaharu kebanyakannya tumbuh di sekitar negara Asia Tenggara iaitu, Kemboja, Thailand, Malaysia dan Indonesia... dan negara pengeksport Gaharu terbesar ialah Singapura...bila masa pula orang Singapura ada tanah yang besar untuk tanam pokok Gaharu?...itu yang pelik bin ajaib.

Kayu Gaharu mempunyai potensi yang besar sebagai alternatif tambahan kepada komoditi negara, Thailand, Vietnam & Indonesia mereka lebih kehadapan dari segi penanam secara besar-besaran setanding dengan komoditi lain seperti sawit dan getah...berbanding Malaysia...justeru itu ambil peluang segera memulakan tanam pokok Gaharu..InsyaAllah akan ada inisiatif dari kerajaan Malaysia nanti...dan saya difahamkan kerajaan dah mula buka mata tentang prospek Gaharu untuk masa hadapan...beberapa agensi terbabit kedengaran telah mula 'mengkaji' bagaimana untuk mengoptimakan industri Gaharu di Malaysia...

Gaharu diambil khasiat dari beberapa kategori :

1. Daun - ada produk khusus
2. Kayu - ada produk khusus
3. Teras
4. Kulit Kayu - ada produk khusus
5. Teras / Damar
6. Pati Minyak - ada produk khusus
7. Hampas - ada produk khusus

Dari kesemua kategori di atas ada yang digunakan terus dan ada yang perlu diproses terlebih dahulu sebelum boleh digunakan.....

Syarikat saya terhad dari segi modal awal untuk pelaburan yang besar tentang produk Gaharu, alangkah sayangnya usaha tanpa modal sukar untuk melangkau lebih jauh...ada sesiapa atau syarikat atau agensi terbabit yang sanggup keluarkan modal atau geran pembiayaan yang besar untuk tujuan itu..saya mengalu-alukan....saya akan sediakan kertas kerja & cash flow yang lengkap jika ada yang berminat....

Keperluan modal adalah untuk :-

1. Penyediaan Kertas Kerja Lengkap
2. Pembelian pokok Gaharu dari penanam pokok Gaharu di Malaysia yang sudah matang - sudah dikenal pasti.
3. Pembelian stok Gaharu dari seluruh Malaysia dari penjual dan pencari Gaharu - sudah dikenal pasti.
4. Pemprosesan bahan mentah
5. Pembungkusan dan piawaian kawalan agensi kerajaan
6. Pemasaran produk untuk jualan dan eksport.
7. DLL

Tahukah anda, berapa Billion USD jumlah eksport Gaharu Singapura setiap tahun?

Di Malaysia, pernahkah anda berkunjung ke Bukit Bintang? lokasi jualan dan promosi produk Gaharu Malaysia..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ibnu Sina dalam kitabnya - Babu Thabbu : Kitab Perihal Perubatan yang dikarang 500 - 1000 (Kitab dlm gambar) tahun , beliau memperincikan bahawa khasiat Oud dalam bahasa Arab atau Gaharu iaitu terdapat 14 Khasiat yang utama yang berkeupayaan untuk merawat penyakit merangkumi setiap inci tubuh badan manusia mulai dari Minda - hingga ke urat2 saraf iaitu antaranya :

Bahagian Kepala : ( Gaharu dibakar untuk wasap atau minyak Gaharu dihidu aromanya ) - Produk tersedia untuk dijual , Minyak Wangian Minda RM100 sebotol dan kepingan kayu Gaharu utk bakar RM500 sekeping. Minyak Gaharu Asli RM 750 sebotol (2.5ml).

Rawatan yang melibatkan bahagian kepala :

1.Minda Cerdas, & Genius
2.Otak
3.Emosi
4.Tekanan perasaan
5.Sukar Tidur
6.Sinus
7.Batuk
8.Kahak
9.Sakit Tekak
10.Resdung
11.Sakit Kepala/pening
12.Sakit Mata/Rabun
13.DLL

Bersambung....

POTENSI GAHARU & KHASIAT GAHARU

KHASIAT & POTENSI GAHARU

SEMINAR USAHAWAN GAHARU 2013

$
0
0

(Gambar Kursus @ Vistana Hotel Kuala Lumpur)

KURSUS USAHAWAN GAHARU MALAYSIA 2013

Untuk Maklumat Lanjut :

Sila layari www.palmabrand.com
Facebook : www.facebook.com/palmabrand
Tel: +603.4141.8500 / 019.2641.500
Email: palmabrand@unifi.my
No.57-1 Jalan 46A/26 Taman Sri Rampai, 53300 Setapak Kuala Lumpur.

Objektif Kursus :

1. Memberi Info atau maklumat terkini tentang Penanaman Gaharu
2. Mengenal pasti bakal Usahawan Gaharu yang berpotensi
3. Mewujudkan sistem jaringan Usahawan Gaharu se Malaysia
4. Mengenal pasti masalah berbangkit
5. Lain-lain keperluan.

SEMINAR USAHAWAN GAHARU MALAYSIA 2013

Kursus Usahawan Gaharu @ Dinasty Hotel Kuala Lumpur

KURSUS USAHAWAN GAHARU MALAYSIA 2013

Tarikh Kursus Terkini : 9 NOVEMBER 2013/ Sabtu